Thursday, March 31, 2011

DAH 4 BULAN BERLALU..

Alhamdulillah,segala pujian dirafakkan ke hadrat Ilahi atas limpahan kurnia yang tidak terhingga.Genap sudah empat bulan semenjak kali terakhir saya update blog Fi Zilalil Islam ( di bawah naungan Islam ). Kesibukan sebagai seorang pelajar telah membuatkan diri ini sukar untuk mencari masa terluang.Cuti pada hujung minggu pun sering disibukkan dengan macam 2 aktiviti yang memerlukan kudrat orang muda dan bertenaga.Entah kenapa diri ini lebih suka menyibukkan diri dalam aktiviti persatuan,usrah,kuliah tafaqquh dan macam2 lagi sepanjang menuntut di DQ.Sekalung penghargaan juga buat teman2 yang sering memberi semangat dan bersama-sama dalam medan perjuangan ini.Semoga amalan kita mendapat perhitungan di sisi Allah..

Perjuangan dan pengorbanan ini terasa amat kecil jika dibandingkan dengan perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat dalam menyebarkan Islam.Cukuplah jika kita melihat pelbagai penderitaan,penyiksaan dan pengorbanan yang ditempuh oleh pendukung gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir yang diasaskan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Siapa yang tidak mengenali Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi,Sa'id Ramadhan al-Buthi,Abdul Kadir Audah,Imam Hasan Hudhaibi,Umar Tilmisani dan ramai lagi.Bacalah buku karangan Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi "Aku dan Al Ikhwan Al Muslimun".Banyak manfaat yang akan kita dapat jika kita merajinkan diri kita untuk membaca dan mempelajari kitab karangan ulama' terdahulu atau ulama' kontemporori bagi mendalamkan lagi pengetahuan kita tentang agama yang mulia ini.

Kadang2 saya berasa sangat sedih apabila melihat sesetengah daripada kita yang menggelar diri mereka "pejuang agama" tetapi malas untuk solat berjamaah,kurang pengetahuan tentang Islam dek sikap malas membaca dan mengkaji sesuatu pekara,malas untuk menghadiri kuliah agama di masjid atau kampus.Kita perlu ingat bahawa mulia kita kerana Islam dan kita seharusnya sentiasa berusaha memperbaiki diri dalam perjuangan yang suci ini.Wallahu a'lam