BEKERJA UNTUK ISLAM merupakan suatu perkara yang sudah DIABAIKAN oleh masyarakat sekarang. Tiada lagi rasa tanggungjawab untuk melaksanakan amanah Allah sebagai khalifah di muka bumi ini. Kita sekarang seolah-olah berada di dalam `zon selesa’ dan tidak memerlukan apa-apa lagi. Asalkan kita mendapat segulung ijazah,pekerjaan yang baik,keluarga yang bahagia sudah cukup untuk hidup di dunia tanpa menunaikan hak-hak Allah yang telah diamanahkan kepada kita. Kita telah `disogok’ dengan hiburan yang melampau yang seringkali membuat kita lupa dengan hakikat kejadian manusia. Perjuangan untuk menegakkan syariat Islam dan mendaulat kalimah Allah merupakan tanggungjawab kita semua tidak kira kita ini cikgu,peguam,student,lecturer,cleaner,ayah,ibu,abang,kakak,atok,nenek…..INSYA-ALLAH
Pesanan USTAZ MUSTAPHA MASYHUR – mursyidul ‘am kelima Ikhwan Muslimin……
Sesungguhnya bekerja untuk Islam bagi mencapai tuntutannya, terutama apa yang dimestikan oleh tabiat marhalah sekarang untuk keperluan mendirikan kerajaan Islam sedunia merupakan satu perkara yang wajib dilaksanakan secara berjemaah dengan jemaah yang tersusun. Di sana tidak mungkin tujuan ini tercapai dengan kerja secara perseorangan tanpa kerja berpasukan. Oleh kerana bagi maksud mencapai tujuan yang besar ini merupakan kewajipan yang difardhukan oleh Islam ke atas umatnya dan tidak mungkin dicapai kecuali dengan berjemaah dan kerja2 jemaah, maka kerja secara berjemaah ini menjadi wajib.
Pemimpin dalam satu jemaah adalah umpama kepala kepada badan, akan menentukan tujuan, menghimpunkan disisinya segala maklumat, mengkaji dan berfikir dengan bantuan keupayaan yang khusus, juga memberi penerangan serta mengawasi pelaksanaan,sehingga semua kerja berjalan dalam bentuk yang betul. Kepimpinan dalam jemaah juga merupakan lambang kesatuan dan kerapian saf. Telah menjadi perkara yang dimaklumi bahawa bersatu adalah lambang kekuatan. Oleh kerana itu kepimpinan dalam jemaah mempunyai kepentingan serta kedudukan tersendiri.
Kepimpinan membawa erti bebanan dan amanah bukan kemegahan dan kemuliaan. Kepimpinan dalam bidang amal Islami merupakan tanggungjawab dan seberat-berat amanah kerana ianya merupakan tanggungjawab yang paling penting dan besar, di mana manusia dicipta kerananya iaitu agama yang diredhai oleh Allah untuk hambaNya yang akan disusuli ke atas natijah yang penting dan besar sama ada di dunia atau di akhirat. Bukankah Allah akan menyoal setiap penjaga tentang jagaannya dan akan dihitung setiap amalan walaupun sebesar zarah. Beban kepmpinan bertambah setiap kali meluasnya medan kerja serta bertambahnya bilangan orang yang dilindungi oleh pemimpin berkenaan.
Begitu juga yang dimaksudkan dengan Firman Allah di dalam surah as-Saff:
“Allah SWT merestui orang-orang berjuang di jalan Allah di dalam satu saff. Ini menunjukkan wajib berpendirian teguh ketika berjihad di jalan Allah; yakni menetapkan pendirian dan konsisten mempertahankan prinsip seperti binaan yang utuh.
( Tafsir Al Munir )