

Alhamdulillah sedar tak sedar kita telah sampai pada 27 Ramadan. Bulan yang mempunyai 1001 keistimewaan ini akan meninggalkan kita sebentar saja lagi. Bagi mereka yang benar-benar menghayati erti ramadan, pasti akan berasa sedih dengan apa yang akan berlaku….jika kita x berasa apa-apa pastinya kita masih belum dapat menghayati dan mendalami maksud sebenar Ramadan kepada umat Muhammad…
Kenapa tiang masjid terkejut??
Fenomena yang berlaku di negara kita pada hari ini:-
>masjid akan dipenuhi dengan ratusan jemaah yang hadir bagi menunaikan solat sunat terawih pada 10 malam yang pertama
>sebahagian jemaah hilang tanpa dapat dikesan pada 10 malam yang kedua
>bagi sesetengah masjid dan surau bilangan jemaah menjadi seperti pada bulan-bulan biasa pada 10 malam yang terakhir
Perkara ini bukan lagi rahsia.Saban tahun ia akan berlaku.Masih tiada perubahan bukan?
Umat Islam masih belum memahami apa itu pentingnya solat berjamaah sehinggakan tiang-tiang masjid terkejut dek ramainya bilangan jamaah pada 10 malam pertama Ramadan. Janganlah kita menjadikan alasan membuat persiapan raya untuk kita meningglkan solat berjemaah.
Rasulullah bersabda:
“Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat yang berikutnya adalah sebagai penebus dosa antara jarak waktu masing-masing” (diriwayatkan oleh Muslim)
“Saya bersungguh-sungguh menyuruh kamu semua bersolat secara berjemaah, dan saya tidak bersetuju dengan meraka yang menyalahinya, dan saya ingin membakar rumah merka kerana itu.” (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
“Baransiapa yang menghadiri solat Isyak secara berjamaah, maka seolah-olah ia telah mendirikan solat sunat pada separuh malam, dan barangsiapa yang menghadiri solat Isyak dan Subuh secara berjemaah, maka seolah-olah ia telah mendirikan solat sunat semalaman” (diriwayatkan oleh Muslim)
Ibnu Abbas berkata : Barangsiapa yang mendengar azan, tetapi ia tidak menyahutnya ( tiadak mengikuti solat berjemaah ), maka orang itu jelas tidak dikehendaki oleh ALLAH menjadi orang yang baik dan ia tidak menghendaki kebaikan untuk dirinya sendiri.
BILAKAH LAGI???
Kesimpulannya, masyarakat pada hari ini harus sedar betapa pentingnya solat berjemaah dan sebagai satu langkah untuk menjana kesatuan ummah. Semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dalam menegakkan kembali syiar Islam di muka bumi ALLAH ini.ALLAHUAKBAR!!!
-nukilan mszDQ-